Siling Kapur

Antara design siling kapur mengikut citarasa pengguna. Kebiasaannya ketahanan siling kapur sama sahaja cuma berbeza pada corak. Tidak dinafikan bahawa 95% rumah yang baru siap pelanggan mesti akan mesti minta buat kapur siling KENAPA??? kerana dengan membuat pengubahsuaian pada siling kapur dapat menampakkan sesebuah ruang kelihatan cantik contoh seperti ruang tamu.






Contoh siling kapur di ruang tamu dengan penambahan kayu di border siling dibahagian dalam. Kombinasi warna juga amat sesuai dengan keadaan ruang tamu. Amacam cantik kan??




Tidak kurang beza dengan corak diatas cuma penambahan lampu LED di tengah & lampu downlight di bahagian L-box. Pelanggan banyak yang memilih jenis ini kerana kos agak murah & tetap nampak cantik.




Corak ini lebih kepada penggemar kayu kerana nampak lebih cantik dengan adanya unsur kayu di bahagian siling kapur tetapi kosnya agak mahal berbeza dengan siling kapur biasa. Tapi kalau dah minat mesti nak jugak kan?? betul x??




Jenis yang ini biasanya lebih digemari pelanggan yang meminati corak bunga. Biasanya corak ini akan digabungkan sekali dengan kornis bunga bagi menampakkan lagi kecantikan siling kapur.




Siling kapur jenis ini lebih kepada penampakan cahaya kerana diletakkan lampu downlight yang banyak pada sekeliling & dalam L-Box tidak banyak beza dengan gambar no 2.