Pelan


Untuk seseorang pengguna membuat pengubahsuaian pada rumah mereka, khususnya mereka akan melantik seorang individu(arkitek) ataupun kontraktor sendiri kerana kebanyakan kontraktor mempunyai pelukis pelan sendiri. Ini adalah untuk memastikan supaya proses ubahsuai mengikut 100% seperti yang telah dilukis pada pelan tersebut. Akan tetapi pengguna harus tahu saiz yang bersesuaian dengan sesebuah ruang contohnya ruang tamu, bilik & dapur. Selain itu struktur laluan yang agak bebas juga amat penting kerana memudahkan laluan untuk keluar masuk. Kebanyakan pengguna tidak peka dengan hal ini kerana menganggap sesuatu ruang itu agak besar tanpa memikirkan perabot atau barang-barang yang ingin diletakkan di dalam ruang tersebut. Akhirnya Ia akan menjadi sempit bukan? Mari kita teliti bersama:-

1) Contoh Pelan 

Kita ambil contoh pelan ini, ini adalah bentuk asal pelan rumah sedia ada yang masih mempunyai baki tanah anggaran dalam 10 kaki di bahagian belakang. Apa yang anda dapat lihat disini masalah utama ialah saiz ruang tamu & ruang makan yang agak terhad anggaran saiz dalam (10'L x 14'P) & kedudukan dapur yang berada diluar. 

Tips: 
1) Besarkan ruang tamu dengan menambah bangunan bersebelahan dengan anjung kereta sebanyak (10'L x10'P) maka anggaran saiz ruang tamu & ruang makan baru akan berubah menjadi (10'L x 24'P).

2) Membina bangunan tambahan di belakang dengan menambah bangunan anggaran saiz (10'L x 10'P) untuk dijadikan dapur baru.

3) Besarkan bilik no 2 di belakang dengan anggaran saiz (10'L x 3'P) maka ruangan bilik no 2 baru akan besar sedikit saiz baru (10'L x 13'P). Siap..:)